Istiadat Mengarak Panji-Panji
Istiadat Mengarak Panji-Panji

Istiadat Mengarak Panji-Panji

Istiadat Mengarak Panji-Panji adalah upacara yang dilakukan oleh rejimen-rejimen tentera British dan tentera Komanwel. Ia telah menjadi tradisi rejimen infantri British semenjak abad ke-17, namun asal-usulnya dapat dijejak lebih awal lagi. Di medan tempur, panji-panji rejimen, atau bendera, telah digunakan sebagai tanda tempat berkumpul. Dengan itu, rejimen-rejimen akan diiringi oleh pegawai muda yang berjalan perlahan bersama panji mereka di antara barisan bagi membolehkan para askar mengenali panji-panji rejimen mereka.Semenjak tahun 1748, Istiadat Mengarak Panji-Panji juga menandakan hari keputeraan rasmi raja pemerintah British.[1] Ia diadakan di London setiap tahun pada hari Sabtu bulan Jun oleh Horse Guards Parade di Taman St. James,[2] dan bertepatan dengan pengisytiharan Senarai Kurniaan Hari Keputeraan Ratu. Antara para hadirin adalah kerabat Diraja, def-def kehormat, tetamu jemputan dan orang awam. Upacara ini disiarkan secara langsung oleh BBC di UK dan juga dipertontonkan di Jerman, Austria dan Belgium dan melalui streaming langsung dari BritBox di Amerika Syarikat dan Kanada. Dalam istiadat perarakan tahun 2018, Associated Press menyediakan siaran secara langsung acara itu kepada penonton diseluruh dunia pada saluran YouTube majalah Time dan halaman Facebook suratkhabar British The Telegraph. Pada tahun 2019, BBC mengambil alih siaran dalam talian menerusi saluran Youtubenya, menyediakan siaran langsung televisyen untuk siaran antarabangsa kedua acara itu.Baginda Ratu bergerak melalui The Mall dari Istana Buckingham dalam perarakan diraja bersama pengiring Ratu Kavalri Istana (pengawal berkuda). Selepas menerima tabik hormat diraja, baginda memeriksa pasukan Divisyen Istana – iaitu askar berjalan kaki dan pengawal berkuda – dan Pasukan Istiadat Raja, Artileri Kuda Diraja. Setiap tahun, salah satu rejimen pengawal kaki akan dipilih untuk mengarak panji-panjinya melalui barisan pengawal. Kemudian seluruh Divisyen Istana berhimpun melakukan perarakan di hadapan Ratu, yang memberikan tabik hormat dari pentas diraja. Melangkah dengan senapangnya, Pasukan Istiadat Raja mendahului perarakan sambil pasukan berkuda melakukan perbarisan berjalan laju dalam tempoh perlahan dan cepat.Muzik dipersembahkan oleh pancaragam berjalan kaki dan pancaragam berkuda Kavalri Istana, bersama dengan Kor Gendang, dan sekali sekala tiupan seruling, yang semuanya berjumlah kira-kira 400 ahli muzik.Kembali ke Istana Buckingham, Baginda Ratu menonton perbarisan seterusnya dari luar pagar. Disusuli 41 das tembakan kehormatan oleh Pasukan Istiadat Raja di Taman Green, baginda bersama kerabat Diraja naik ke atas balkoni istana untuk formasi terbang lintas hormat oleh Tentera Udara Diraja.